Google will help you...

Custom Search

Link Kesihatan

Kepentingan Makanan Berkhasiat

Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang


Kepentingan Makanan Berkhasiat



Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.


Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.


“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”


Sumber dari berita harian



Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.


1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.


Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.


2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.


Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.


3.  Mampu mengawal kadar obesiti.


Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.


4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.


Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.


Kesimpulannya


Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.




  

 Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya




Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?


1.  Kanser (Barah)


Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.

Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.


2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)


Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.


3.  Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.


4.  Tekanan darah Tinggi


Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.


5.  Osteoporosis


Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.


6.  Spina Bifida


Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.


Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)





Tips Diet Seimbang



Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.


1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.


Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.


2. Banyakkan juga memakan kekacang.


Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.


3. Banyakkan minum air.


Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.


4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.


Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:

Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.

Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.

Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).

Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).

Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.


5. Kurangkan gula.


Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.


6. Kurangkan garam


Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).


Sumber dari UTUSAN PENGGUNA

Penjagaan Rapi Bagi Kehamilan Berisiko


Hampir semua kehamilan adalah normal dan melalui proses biasa. Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa keadaan yang membuatkan doktor anda berpendapat ia berisiko ke atas bayi dan anda yang perlu ditangani. Ini kerana anda mempunyai masalah kesihatan atau mungkin hamil anak kembar. Kadangkala simtom berkembang dan memberi petanda kepada doktor bahawa anda memerlukan penjagaan khusus.
  1. Anemia
    Kebanyakan wanita mengatami sedikit anemia sebelum mereka hamil dan ini biasanya disebabkan oleh kekurangan zat besi. Keadaan ini perlu diatasi bagi memenuhi keperluan kehamilan dan pendarahan semasa bersalin kelak.

    RawatanCegah anemia dengan mengambil makanan diet yang pelbagai, dengan makanan yang kaya dengan zat besi. Jika ujian darah menunjukkan anda mengalami anemia, doktor akan memberi kan zat besi tambahan. Ambil tablet selepas makan bersama air yang banyak kerana ia boleh menyebabkan radang pada perut dan sembelit, cirit-birit atau muntah. Makanan yang kaya zat besi seperti bayam, hati dan daging merah boleh mengatasi masalah ini.


  2. Kencing Manis (Diabetes)Kencing manis mesti diawasi dengan berhati-hati semasa anda hamil dan tahap gula di dalam darah perlu diperhatikan dengan kerap.

    RawatanAnda perlu mengawal tahap gula dalam darah, doktor boleh menyesuaikan pengambilan insulin bagi anda yang sedang hamil. Anda memerlukan perhatian khusus dalam diet. Anda juga perlu kerap ke klinik antenatal. Sesetengah wanita mendapati penyakit ini timbul pada awal kehamilan. Ia biasanya hilang sebaik sahaja selepas bersalin.

  3. Rahim Tidak KuatDalam kehamilan biasa, serviks atau leher rahim masih tertutup sehingga bayi dilahirkan. Tetapi jika keguguran kerap berlaku selepas tiga bulan kehamilan, ini mungkin disebabkan oleh leher rahim yang lemah dan terbuka lalu mengeluarkan bayi.

    RawatanDoktor mungkin mencadangkan pembedahan kecil bagi menutup semula serviks pada awal kehamilan. Jahitan ini akan dibuka semula pada hujung kehamilan, atau bila hampir bersalin.

  4. Pra-eklampsiaIni adalah salah satu masalah biasa pada hujung kehamilan. Simtom-simtomnya ialah apabila tekanan darah meningkat lebih 140/90, berat badan yang meningkat mendadak, bengkak buku lali, kaki dan tangan dan terdapat protein dalam air kencing. Jika anda mempunyai simtom-simtom ini, doktor akan memerhatikan anda dengan lebih teliti. Sekiranya tekanan darah yang meningkat tidak dirawati, ia boleh menyebabkan bahaya pada uri.

    RawatanDoktor anda akan menasihatkan anda berehat. Bagi menurunkan tekanan darah, anda boleh mengambil ubat atau mengurangkan kandungan garam dalam makanan. Jika keadaan tidak berubah dan serius, anda akan dimasukkan ke hospital walaupun anda merasakan cukup sihat. Anda mungkin bersalin secara induksi (induce).

  5. Faktor Rhesus NegatifDarah anda akan diuji semasa lawatan pertama ke klinik bagi menentukan sama ada anda mempunyai faktor rhesus positif atau negatif. Kira-kira 15 peratus orang mengalami rhesus negatif dan jika anda salah seorang daripadanya, anda akan mengalami masalah ketika hamil jika anda melahirkan bayi rhesus positif. Ini bermakna kumpulan darah anda tidak sama. Bagaimanapun ini tidak mendatangkan bahaya kepada bayi pertama. Biasanya anda akan menghadapi masalah pada kehamilan seterusnya.

    RawatanJika bayi pertama ande rhesus positif manakala anda pula rhesus negatif, anda akan diberikan vaksin perlindungan yang dikenali sebagai anti D sebaik sahaja selepas kelahiran. Ini akan mencegah masalah apabila anda hamil kelak. Vaksinasi ini mungkin diberikan semasa hamil di sesetengah hospital.

  6. KeguguranKeguguran adalah penamat kehamilan dan ini boleh berlaku satu dalam lima kehamilan. Kebanyakan keguguran berlaku dalam minggu ke 12, kerap berlaku sebelum seseorang wanita itu tahu dia hamil, biasanya kerana bayi tersebut tidak berkembang secara normal. Pendarahan dari vagina adalah tanda awal.

    Rawatan keguguranJika pendarahan hanya berlaku sedikit, kehamilan boleh diselamatkan. Doktor anda akan mencadangkan anda banyak berehat, pendarahan mungkin terhenti dan jika anda berehat beberapa hari, kehamilan akan berlangsung seperti biasa. Tiada risiko kelainan kepada bayi. Anda akan diberikan ujian kehamilan atau ultra sound bagi memastikan bayi selamat.

    Gugur asli.Jika pendarahan berlaku dengan banyak dan anda dalam kesakitan, ini mungkin bermakna bayi telah mati. Anda perlu ke hospital bagi membersihkan semula rahim. Disebabkan anda kehilangan bayi semasa awal kehamilan, anda mungkin akan rasa tertekan. Anda juga mungkin bimbang sama ada anda boleh melahirkan bayi yang sihat lagi, rasa bersalah dan menyalahkan diri sendiri.

  7. Pendarahan VaginaJika anda mendapati terdapat pendarahan dari vagina pada sebarang masa kehamilan, hubungi doktor dan berbaring segera di atas katil. Jika ini berlaku sebelum minggu ke-28, ini mungkin tanda keguguran. Selepas tempoh ini, ia bermaksud uri mengalami pendarahan. Ini boleh berlaku jika uri mula renggang dari dinding rahim atau jika uri terlalu rendah di dalam rahim dan tertutup atau menutupi separuh serviks.

    RawatanUri adalah garis hidup bayi. Jadi jika doktor fikir terdapat risiko anda akan dimasukkan terus ke hospital, di mana kedudukan uri boleh diperiksa. Anda perlu tinggal di dalam hospital sehingga bersalin. Jika anda kehilangan darah, anda perlu menjalani pemindahan darah dan bayi mungkin dilahirkan lebih awal melalui induksi atau pembedahan cesaerean. Jika pendarahan terlalu sedikit dan berlaku beberapa minggu sebelum kelahiran, doktor mungkin memutuskan anda bersalin secara semulajadi tetapi dalam pemerhatian yang rapi.

  8. KembarProses kehamilan dan bersalin akan mengalami perkembangan yang normal walaupun anda akan mengalami dua tahap bersalin. Anda mungkin mengalami komplikasi seperti anemia, pra-eklampsia atau songsang. Anda juga mungkin mengalami masalah-masalah kehamilan yang biasa dengan lebih teruk, terutama dalam bulan-bulan terakhir.

    Rawatan
    Lawatan tetap ke klinik antenatal perlu kerap jika anda hamil kembar, agar sebarang komplikasi boleh dikenalpasti dengan segera. Kehamilan lebih dari satu membebankan tubuh anda lebih dari biasa, jadi pastikan keadaan badan anda sentiasa dalam keadaan sihat terutamanya dalam minggu-minggu terakhir. Bagi mengelakkan masalah pada penghadaman anda, makanlah dalam jumlah yang sedikit dan segar.

Tanda-tanda Selesema Burung kepada Manusia

Tanda-tanda Selesema Burung kepada Manusia

Punca / Penyebab Selesema Burung
Faktor-faktor risiko
Bila masa sesuai untuk meminta nasihat kesihatan
Komplikasi/Kesulitan

Walaupun virus selesema jenis A tidak biasanya menjangkiti manusia, terdapat beberapa kes jangkitan dan wabak selesema burung yang dilapurkan sejak tahun 1997. Kebanyakan kes jangkitan selesema burung kepada manusia dikatakan berlaku hasil sentuhan langsung dengan haiwan ternakan yang telah dijangkiti, atau permukaan yang tercemar. Akan tetapi, terdapat banyak yang masih perlu dipelajari tentang pelbagai sub-jenis atau variasi virus selesema burung yang boleh menjangkiti manusia. Contohnya, kita tidak mengetahui bagaimana perbezaan di antara variasi yang rendah atau tinggi kandungan patogenik boleh memberi kesan dan risiko kesihatan kepada manusia. Di antara kes jangkitan virus selesema burung kepada manusia yang telah direkodkan, penyakit yang disebabkan virus yang paling tinggi kandungan patogenik dilihat lebih berbahaya.

Oleh kerana kebimbangan terhadap potensi penyebaran jangkitan yang lebih meluas dalam populasi manusia, pihak berkuasa kesihatan tempatan memantau secara dekat semua wabak jangkitan manusia yang dikaitkan dengan selesema burung. Sehingga kini, jangkitan virus selesema burung kepada manusia yang dikesan sejak 1997 tidak menjadikan pemindahan antara manusia sesuatu yang berterusan. Walau bagaimanapun, oleh kerana virus-birus selesema berpotensi untuk bertukar dan merebak secara mudah sesama manusia, usaha pemantauan jangkitan manusia dan pemindahan antara manusia adalah sangat penting.


Tanda-tanda Selesema Burung kepada Manusia

Tanda-tanda jangkitan selesema burung kepada manusia yang dilaporkan terdiri dari tanda jangkitan selesema yang biasa (seperti demam, batuk, sakit tekak dan sengal otot) sehinggalah jangkitan mata (�conjunctivitis�), radang paru-paru, kesulitan pernafasan yang teruk, radang paru-paru yang berjangkit, dan komplikasi lain yang boleh membawa maut.

Pesakit yang mempunyai selesema atau radang paru-paru ataupun penyakit pernafasan akan dianggap telah dijangkiti selesema burung sekiranya dia telah membuat sentuhan langsung atau tidak langsung ke atas ayam yang sakit atau burung yang telah dijangkiti.

Pengesahan dari makmal mengenai jangkitan selesema burung dan kaitan wabak dengan kematian yang tidak normal atau wabak di kalangan ayam akan menyokong kajian ke atas selesema burung.


Punca / Penyebab Selesema Burung

Selesema burung berpunca dari sub-jenis virus selesema A yang menjangkiti ayam, itik dan burung-burung lain. Virus-virus ini yang mengakibatkan penyakit yang tidak serius boleh bertukar / bermutasi kepada virus yang boleh menyebabkan penyakit serius (paling merbahaya).

Sehingga kini, semua wabak jangkitan virus yang paling merbahaya berpunca dari virus selesema A/H5N1, iaitu satu-satunya sub-jenis yang boleh menyebabkan penyakit yang teruk kepada manusia.



1.Burung-burung ternakan boleh mendapat jangkitan sekiranya:
bergerak bebas
berkongsi bekalan air dengan burung-burung liar
menggunakan bekalan air yang telah dicemari dengan najis dari haiwan yang telah dijangkiti
2. Peralatan, kenderaan, makanan, sangkar atau pakaian yang tercemar, terutamanya kasut boleh memindahkan virus itu dari ladang ke ladang

3. Pasar basah di mana ayam hidup dan burung-burung lain di jual dalam keadaan yang penuh sesak dan tidak bersih.


Selesema burung dipindahkan kepada manusia dari sentuhan langsung atau tidak langsung dengan itik liar dan ayam melalui udara, buangan dan permukaan yang telah tercemar dengan virus.

Orang yang mengendalikan ayam yang telah dijangkiti atau berada dekat atau di dalam ladang atau pasar di mana ayam yang sakit boleh menyedut partikel daripada bahan buangan yang kering atau najis yang dijangkiti virus selesema burung.

Bahan buangan boleh terkena hidung atau mata orang yang mengendali ayam yang telah dijangkiti.

Tiada terdapat laporan kes selesema burung kepada manusia selepas mengendalikan ayam yang telah dimasak. Oleh kerana virus itu mudah dinyah-aktifkan melalui haba, seseorang tidak boleh mendapat selesema burung dari daging ayam yang telah dimasak sepenuhnya. Tiada bukti pemindahan antara manusia.


Faktor-faktor risiko

Faktor risiko terbesar untuk selesema burung ialah sentuhan dengan burung-burung yang sakit atau permukaan yang dicemari bulu, air liur atau najis mereka. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan sejumlah kes melibatkan pemindahan selesema burung antara manusia yang terhad. Tetapi jika tidak kerana pemindahan sebegitu tersebar secara meluas, burung atau permukaan yang telah dijangkiti merupakan penyebab yang paling berbahaya.

Walaupun begitu, corak pemindahan jangkitan antara manusia tetap menjadi misteri. Kanak-kanak kecil dilihat lebih mudah dijangkiti virus. Sesetengah saintis membayangkan golongan itu lebih cenderung kepada menghidu habuk atau najis yang telah dijangkiti. Di sebalik itu, puluhan ribu pekerja Asian yang tidak terlindung dan terlibat dalam menyembelihan ayam tidak pula dijangkiti penyakit. Pada masa ini, bilangan orang yang telah dijangkiti telalu sedikit untuk kita mengetahui semua faktor risiko yang mungkin untuk selesema tersebut.


Bila masa sesuai untuk meminta nasihat kesihatan

Sila berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda selesema, termasuk demam, batuk dan sengal otot, dan jika anda telah melancong ke kawasan yang terdapat selesema burung. Sila pastikan anda memberitahu doktor bila dan ke mana anda telah melancong, atau sekiranya anda telah pergi ke mana-mana ladang atau pasar terbuka.

Doktor mempunyai ujian yang cepat untuk mengenali virus selesema, tetapi ujian berkenaan tidak dapat membezakan antara selesema burung dengan virus selesema A lain. Atas sebab itu, bahan contoh dari mana-mana orang yang disyaki dijangkiti selesema burung akan dihantar ke makmal kesihatan negeri atau Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention (CDC)) untuk dianalisa.


Komplikasi/Kesulitan

Kebanyakan orang yang dijangkiti selesema burung mempunyai tanda selesema yang biasa. Sesetengahnya pula mengalami kesulitan yang boleh membawa maut, seperti radang paru-paru viral dan sindrom kesulitan pernafasan yang serius, yang menyebabkan kantung udara dalam paru-paru dipenuhi dengan lendiran berbanding dengan udara, sehingga membawa kepada kesukaran bernafas yang teruk.

Tetapi komplikasi terbesar selesema burung masih lagi tidak terbukti � variasi virus baru yang boleh tersebar antara manusia. Jika seseorang yang dijangkiti virus selesema burung dan manusia sekaligus, penyusunan semula bahan genetik mungkin menghasilkan sub-jenis virus baru yang berdasarkan gen manusia. Ini boleh menyebabkan virus itu menjadi sangat mudah berjangkit, dan dengan ketiadaan kekebalan dalam populasi dunia, keadaan ini boleh membawa maut.

Setakat ini, keadaan itu masih belum berlaku. Beberapa kes pemindahan jangkitan antara manusia telah dilaporkan berlaku, tetapi semuanya dalam kadar yang terhad. Tetapi, beberapa pengawai kesihatan masih berpendapat virus burung hanya menunggu masa untuk tersebar dengan mudah di kalangan manusia.

WHAT ARE THE SYMPTOMS OF HIV?

WHAT ARE THE SYMPTOMS OF HIV?
The symptoms of HIV vary, depending on the individual and what stage of the disease you are in.
EARLY STAGE OF HIV: SYMPTOMS
Within 2-4 weeks after HIV infection, many, but not all, people experience flu-like symptoms, often described as the “worst flu ever.” This is called “acute retroviral syndrome” (ARS) or “primary HIV infection,” and it’s the body’s natural response to the HIV infection.
Symptoms can include:
Fever (this is the most common symptom)
Swollen glands
Sore throat
Rash
Fatigue
Muscle and joint aches and pains
Headache
These symptoms can last anywhere from a few days to several weeks. However, you should not assume you have HIV if you have any of these symptoms. Each of these symptoms can be caused by other illnesses. Conversely, not everyone who is infected with HIV develops ARS. Many people who are infected with HIV do not have any symptoms at all for 10 years or more.
You cannot rely on symptoms to know whether you have HIV. The only way to know for sure if you are infected with HIV is to get tested. If you think you have recently been exposed to HIV—if you have had oral, vaginal or anal sex without a condom with a known HIV positive person or a partner whose HIV status you do not know or shared needles to inject drugs—get an HIV test. Traditional HIV tests detect HIV antibodies. But during this early stage your body is not yet producing these antibodies. A new HIV test was approved in 2013 that can detect the presence of HIV in your body during this early stage of infection. So no matter where you get tested, it is very important to let your provider know that you may have been recently infected with HIV and you would like to be tested for acute HIV. Use the HIV/AIDS Testing and Services Locator to find a HIV testing site near you or enter your location here:


It is important to remember that with or without symptoms, you are at particularly high risk of transmitting HIV to your sexual or drug using partners during this time because the levels of HIV in your blood stream are very high. For this reason, it is very important to take steps to reduce your risk of transmission.
THE CLINICAL LATENCY STAGE
After the early stage of HIV infection, the disease moves into a stage called the “clinical latency” stage. “Latency” means a period where a virus is living or developing in a person without producing symptoms. During the clinical latency stage, people who are infected with HIV experience no HIV-related symptoms, or only mild ones. (This stage is sometimes called “asymptomatic HIV infection” or “chronic HIV infection.”)
During the clinical latency stage, the HIV virus reproduces at very low levels, although it is still active. If you take antiretroviral therapy (ART), you may live with clinical latency for several decades because treatment helps keep the virus in check. (Read more about HIV treatment.) For people who are not on ART, this clinical latency stage lasts an average of 10 years, but some people may progress through this phase faster.
It is important to remember that people in this symptom-free period are still able to transmit HIV to others even if they are on ART, although ART greatly reduces the risk of transmission.
Again, the only way to know for sure if you are infected with HIV is to get tested. Tests are available that can detect the virus at this stage. Use the HIV/AIDS Testing and Services Locator to find a HIV testing site near you.

PROGRESSION TO AIDS: SYMPTOMS
If you have HIV and you are not taking HIV medication (antiretroviral therapy), eventually the HIV virus will weaken your body’s immune system. The onset of symptoms signals the transition from the clinical latency stage to AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome).
During this late stage of HIV infection, people infected with HIV may have the following symptoms:
Rapid weight loss
Recurring fever or profuse night sweats
Extreme and unexplained tiredness
Prolonged swelling of the lymph glands in the armpits, groin, or neck
Diarrhea that lasts for more than a week
Sores of the mouth, anus, or genitals
Pneumonia
Red, brown, pink, or purplish blotches on or under the skin or inside the mouth, nose, or eyelids
Memory loss, depression, and other neurologic disorders.
Each of these symptoms can be related to other illnesses. So, as noted above, the only way to know for sure if you are infected with HIV is to get tested.
Many of the severe symptoms and illnesses of HIV disease come from the opportunistic infections that occur because your body’s immune system has been damaged. (Read more about opportunistic illnesses.)
For more information, see the National Library of Medicine’s AIDS.

PRINSIP PRINSIP PEMAKANAN SIHAT

PRINSIP-PRINSIP PEMAKANAN SIHAT

Cara terbaik untuk memastikan keperluan makanan ahli keluarga dipenuhi adalah dengan mengambil pelbagai jenis makanan dan mengamalkan prinsip-prinsip pemakanan sihat iaitu :

Makan pelbagai jenis makanan
Mengambil pelbagai jenis makanan dapat memastikan tubuh badan mendapat semua khasiat makanan yang diperlukan. Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan untuk memilih makanan sekeluarga.
Makan bijirin dan kekacang secukupnya
Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat terutamanya bijirin atau hasil bijirin mil penuh. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah nasi, roti, mi dan mihun.

Kekacang merupakan sumber serat yang baik. Ianya juga kaya dengan protin dan mempunyai kandungan lemak yang rendah. Contoh kekacang adalah kacang soya, kacang pis dan kacang dhal.
Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium yang kesemuanya penting untuk kesihatan. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga kaya dengan serat. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat adalah penting untuk melawaskan pembuangan najis dan dapat membantu mencegah penyakit sembelit yang kronik, buasir dan penyakit usus (diverticular diseases). Serat juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa jenis kanser.
Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada makanan. Ianya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.
Pilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol
Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-vitamin larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan di dalam badan sebagai lemak badan. Kehadiran lemak badan ini akan menyebabkan berat badan anda bertambah. Lemak yang berlebihan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok, obesiti dan masalah-masalah kesihatan yang lain.
Kurangkan pengambilan garam dan gula
Kebanyakan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula dan lebihkan makanan segar. Jika menggunakan kicap atau sebarang sos, garam tidak perlu ditambah di dalam masakan. Rasalah makanan terlebih dahulu sebelum menambah garam. Kurangkan juga penggunaan gula dalam penyediaan minuman dan kuih muih.
Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari
Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang, terutamanya jika kita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Minumlah air sebanyak enam hingga lapan gelas sehari. Dan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti bekerja di dalam bilik berhawa dingin, minumlah air dengan banyak walaupun tidak merasa dahaga.

MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG

SETIAP AHLI KELUARGA MEMERLUKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT DAN SEIMBANG SETIAP HARI

Panduan berikut boleh digunakan ketika anda merancang hidangan harian untuk keluarga :

SARAPAN PAGI
Hidangkan sarapan yang berkhasiat.
Sebaik-baiknya mulakan dengan buah-buahan segar atau jus buah-buahan. Ini merupakan pembuka selera dan pembekal serat.
Sajikan makanan berasaskan bijirin seperti nasi, bubur, mi, roti dan bijirin sarapan. Jika memilih roti, sebaik-baiknya pilihlah roti mil penuh. Hidangkan makanan ini dengan sedikit daging tanpa lemak, ikan atau telur. Roti boleh dimakan dengan keju rendah lemak, mentega kacang atau susu.
Susuli dengan minuman yang berasaskan susu.
MAKAN TENGAHARI
Sediakan hidangan yang ringkas.
Jika makan di luar, pelbagaikan pilihan anda setiap hari. Dapatkan pilihan yang lebih sihat dan berkhasiat.
Pilihlah hidangan yang mengandungi makanan dari kesemua kumpulan makanan mengikut Piramid Makanan



MAKAN MALAM
Makan malam merupakan masa yang terbaik untuk melengkapkan pengambilan makanan dalam sehari. Contohnya, sekiranya terdapat kekurangan jenis-jenis makanan yang diambil pada siang hari, makanan tersebut boleh diambil pada waktu ini.
Sebaik-baik sediakan dua hidangan sayur-sayuran dan salah satu daripadanya ialah sayur-sayuran berdaun hijau.
Elakkan daripada makan terlalu hampir dengan waktu tidur. Makanlah sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur.
SNEK
Jika perlu makanlah dengan sedikit. Pilihlah snek yang berkhasiat dan yang kurang kandungan lemak dan gula, contohnya buah-buahan, sandwic, kacang rebus, jagung rebus dan biskut.
Setiap makanan mengandungi nutrien tetapi perlulah dipilih jenis makanan yang mengandungi lebih nutrien. Gunakan panduan berikut ketika memilih dan menyediakan makanan.

Sediakan pelbagai jenis makanan dalam setiap hidangan.
Utamakan makanan yang kaya dengan karbohidrat sebagai sumber tenaga seperti nasi, roti, mi dan ubi.
Juga pentingkan makanan yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Biasakan memilih buah-buahan yang segar dan berwarna serta sayur-sayuran berdaun hijau yang mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Pilih makanan yang membekalkan protin seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang.
Pilih makanan yang kaya dengan kalsium contohnya susu, keju dan dadih. Makanan lain seperti ikan bilis, ikan tamban dan ikan sardin juga kaya dengan kalsium.
Kurangkan menggoreng makanan terutamanya makanan yang disaluti tepung dan kurangkan masakan yang bersantan.
Guna susu rendah lemak atau susu skim bagi menggantikan santan kelapa dalam masakan anda. Masukkan kentang, tomato atau bawang yang dikisar untuk memekatkan kuah.
Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, minyak, gula dan garam seperti snek dan makanan segera. Hadkan memakan makanan segera tidak lebih daripada dua kali sebulan.
Gunakan kaedah memasak yang dapat mengekalkan warna dan rasa asal makanan.
Selalulah menghidangkan makanan yang baru dimasak.
Apabila membeli makanan bertin atau berbungkus, bacalah label bagi membantu anda memilih makanan yang berkhasiat dan menjimatkan.
UTAMAKAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN BAGI MENJAMU KESEJAHTERAAN KELUARGA

Kuman hidup di merata-rata tempat dan boleh mencemari makanan jika tidak disediakan secara bersih. Persekitaran yang kotor, terutamanya di dapur mengundang makhluk perosak seperti tikus, lipas dan semut yang juga boleh mencemar makanan dan menyebabkan keracunan.

Panduan berikut boleh digunakan untuk menyedia dan menghidangkan makanan secara bersih.

Basuh tangan dengan sabun setiap kali sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas. Tangan merupakan tempat yang sering mengumpul kotoran dan habuk, termasuk kuman (bakteria dan virus), yis dan kulat.
Amalkan kebersihan diri yang baik. Rambut, hidung atau mulut janganlah disentuh semasa menyediakan makanan. Luka-luka kecil dan kudis di muka, tangan dan lengan perlulah dibalut dengan plaster. Tanggalkan cincin, gelang dan jam sebelum menyediakan makanan kerana barang-barang tersebut mudah dilekati kotoran yang membolehkan bakteria mencemari makanan.
Jangan bersin atau batuk ke arah makanan.
Sentiasa gunakan tuala yang bersih. Gunakan tuala yang berasingan untuk mengelap pinggan mangkuk, mengelap tangan atau mengelap meja bagi mengelakkan pencemaran silang.
Cuci pinggan mangkuk, sudu, garpu, periuk belanga dan peralatan dapur yang lain, terutamanya papan landas dan pisau dengan sabun dan bilas dengan air yang bersih. Sekiranya boleh, gunakan air panas. Pastikan peralatan menghidang makanan seperti pinggan, mangkuk, sudu, garpu dan gelas bersih sebelum digunakan.
Gunakan papan landas dan pisau yang berasingan bagi memotong bahan-bahan makanan yang dimakan mentah seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan roti dari yang digunakan untuk memotong ayam, daging dan ikan.
Bersihkan dapur, bahagian atas kabinet dan meja serta lantai dengan menggunakan air bersih dan sabun pencuci bagi mengurangkan masalah lalat, tikus dan lipas. Gunakan air panas di mana boleh. Pastikan agar dapur dan sinki sentiasa bersih dan kering.
Basuh semua makanan dengan air yang bersih dan mengalir.
Tudung dan simpan semua makanan yang dimasak dengan sempurna. Simpanlah makanan di dalam bekas yang bersih dan bertutup untuk mengelak kerosakan dan pencemaran. Jangan sekali-kali menggunakan bekas racun untuk menyimpan makanan atau minuman dan elakkan daripada menggunakan surat khabar bagi menutup makanan.
Jangan biarkan makanan yang telah dimasak pada suhu bilik selama lebih dari empat jam.
Ahli keluarga yang demam, batuk, selsema atau cirit birit tidak digalakkan menyediakan makanan kerana mereka boleh menyebarkan kuman ke dalam makanan.
Kebersihan tempat menyimpan makanan adalah sangat penting. Almari tempat menyimpan makanan hendaklah sentiasa ditutup dengan rapat bagi mengelakkan daripada dimasuki tikus dan serangga seperti lalat dan lipas. Almari tersebut juga perlulah mempunyai pengudaraan yang cukup untuk mengeluarkan bau dan haba yang berlebihan. Cara penyimpanan makanan yang betul dapat mengurangkan kerosakan, pencemaran dan pembaziran bahan-bahan makanan. Didik anak-anak cara menyimpan makanan mudah rosak yang tidak digunakan serta merta.
Makanan perlu disimpan pada suhu yang betul bagi menjaga mutu dan khasiatnya. Makanan yang telah dimasak hendaklah dimakan secepat mungkin, sebaik-baiknya ketika masih lagi panas. Jika makanan hendak disejukbekukan, bahagikan makanan yang hendak disejukbeku kepada siaz hidangan yang kecil. Gunakan bekas yang leper dan bertutup atau masukkannya ke dalam plastik makanan dan tandakan dengan tarikh makanan disimpan. Elakkan dari menggunakan semula bekas styrofoam untuk menyimpan makanan. Cairkan makanan beku di bahagian bawah dalam peti sejuk atau di dalam ketuhar gelombang mikro. Elak dari mencairkan makanan beku pada suhu bilik. Makanan yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula.
Bahagian bawah dalam peti sejuk (refrigerator) sangat sesuai untuk menyimpan makanan yang mudah rosak yang tidak perlu dibekukan.Suhunya perlu dikekalkan pada 4C atau kurang.